Sunday 12 May 2013

ASAS TARANNUM


VIDEO



GAMBAR



SISTEM SOKONGAN



Sistem Sokongan Haiwan
 

Pelbagai sistem sokongan

Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.

Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap (efficiently).

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka (skeletal tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium).

Rangka (skeleton) adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system) bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.

Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis:
  1. Endoskeleton.
  2. Eksoskeleton (exoskeleton).
  3. Rangka hidrostatik (hydrostatic skeleton).


Endoskeleton

Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).

Fungsi endoskeleton adalah:
  • Menyokong berat badan.
  • Memberikan bentuk kepada badan.
  • Melindungi organ dalaman badan.
  • Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.
  • Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan.




Eksoskeleton

Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).

Fungsi eksoskeleton adalah:
  • Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
  • Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
  • Mengelakkan badan daripada kekeringan.
  • Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan.



Rangka hidrostatik

Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.

Fungsi rangka hidrostatik adalah:
  • Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
  • Membenarkan pergerakan.


Obor-obor - Invertebrata yang memiliki rangka hidrostatik.

TINGKATAN 2 ORGAN DERIA


CIKGU RIA NOTES


Organ-organ Deria

Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.

Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.

Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.

Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.

Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria
Jenis deria
Ransangan dikesan
Kulit
Sentuhan
Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas
Hidung
Bau
Bahan-bahan kimia
Lidah
Rasa
Kimia
Telinga
Pendengaran & keseimbangan
Bunyi
Mata
Penglihatan
Cahaya

Deria Sentuhan

Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).


  
Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
  • Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
  • Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
  • Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
  • Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
  • Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.




Epidermis:
  • Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
  • Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
  • Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
  • Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
  • Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia
  • Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

  • Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan  sejuk dan panas.

  • Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
  • Tempat suntikan pada badan.
    Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
  • Membaca 'Braille'.
    Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.

Deria Bau
 
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:
  • Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
  • Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
  • Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
  • Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.


Struktur dan fungsi hidung manusia.

Proses mengesan bau oleh hidung:
  1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
  2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
  3. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.
  4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
  • Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
  • Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang.
Deria Pendengaran
 
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.

Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

  • Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
  • Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian
Struktur / Ciri-ciri
Fungsi
Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)
Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan.
Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga
(Ear canal)
Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga.
Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.
Gegendang telinga
(Eardrum)
Membran nipis yang memisahkan bahagian telinga luar daripada telinga tengah.
Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.
Telinga tengah:

Osikel
(Ossicles)
Terdiri daripada tiga tulang kecil:

Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang telinga.

Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap.

Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.
Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur.
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak.
Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.
Tingkap bujur
(Oval window)
Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga tengah dan telinga dalam.
Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke telinga dalam.
Telinga dalam:

Koklea
(Cochlea)
Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding dalamnya mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.
Mengubah getaran bunyi kepada impuls.
Salur separuh bulat
(Semicircular canals)
Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.
Mengimbangi kedudukan badan.
Saraf auditori
(Auditory nerves)
Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria ke otak.
Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.

Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
  • Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
  • Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
  • Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga
  1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
  2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.
  3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
  4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
  5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
  6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.
  7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
  8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
  9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.