Sistem Sokongan Haiwan
Pelbagai
sistem sokongan
Manusia
dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.
Sistem
sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan
lebih lancar dan cekap (efficiently).
Sistem
sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka (skeletal
tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium).
Rangka (skeleton) adalah suatu struktur
yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system)
bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.
Sistem
sokongan terbahagi kepada tiga jenis:
- Endoskeleton.
- Eksoskeleton (exoskeleton).
- Rangka hidrostatik (hydrostatic skeleton).
Endoskeleton
Endoskeleton ialah struktur sokongan yang
berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).
Fungsi
endoskeleton adalah:
- Menyokong berat badan.
- Memberikan bentuk kepada badan.
- Melindungi organ dalaman badan.
- Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.
- Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan.
Eksoskeleton
Eksoskeleton ialah struktur keras yang
meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).
Fungsi
eksoskeleton adalah:
- Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
- Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
- Mengelakkan badan daripada kekeringan.
- Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan.
Rangka
hidrostatik
Rangka
hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga
badan yang tertutup haiwan invertebrata.
Fungsi
rangka hidrostatik adalah:
- Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
- Membenarkan pergerakan.
Obor-obor - Invertebrata yang memiliki rangka hidrostatik.
No comments:
Post a Comment