Sunday, 12 May 2013
SISTEM SOKONGAN
Sistem Sokongan Haiwan
Pelbagai
sistem sokongan
Manusia
dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.
Sistem
sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan
lebih lancar dan cekap (efficiently).
Sistem
sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka (skeletal
tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium).
Rangka (skeleton) adalah suatu struktur
yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system)
bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.
Sistem
sokongan terbahagi kepada tiga jenis:
- Endoskeleton.
- Eksoskeleton (exoskeleton).
- Rangka hidrostatik (hydrostatic skeleton).
Endoskeleton
Endoskeleton ialah struktur sokongan yang
berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).
Fungsi
endoskeleton adalah:
- Menyokong berat badan.
- Memberikan bentuk kepada badan.
- Melindungi organ dalaman badan.
- Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.
- Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan.
Eksoskeleton
Eksoskeleton ialah struktur keras yang
meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).
Fungsi
eksoskeleton adalah:
- Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
- Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
- Mengelakkan badan daripada kekeringan.
- Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan.
Rangka
hidrostatik
Rangka
hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga
badan yang tertutup haiwan invertebrata.
Fungsi
rangka hidrostatik adalah:
- Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
- Membenarkan pergerakan.
Obor-obor - Invertebrata yang memiliki rangka hidrostatik.
TINGKATAN 2 ORGAN DERIA
CIKGU RIA NOTES
Organ-organ Deria
Manusia
mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.
Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.
Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.
Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.
Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.
Organ
deria
|
Jenis
deria
|
Ransangan
dikesan
|
Kulit
|
Sentuhan
|
Sentuh,
tekanan, sakit, sejuk & panas
|
Hidung
|
Bau
|
Bahan-bahan
kimia
|
Lidah
|
Rasa
|
Kimia
|
Telinga
|
Pendengaran
& keseimbangan
|
Bunyi
|
Mata
|
Penglihatan
|
Cahaya
|
Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch)
adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus)
yang dikenakan oleh objek yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam
pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).
Struktur kulit manusia:
Kulit terbahagi kepada dua
lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).
Dermis:
- Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
- Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
- Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
- Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
- Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.
Epidermis:
- Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
- Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
- Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.
Tahap kepekaan kulit
Kulit kita mempunyai tahap
kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap
bahagian yang berlainan pada badan.
Ini adalah kerana reseptor
(penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh,
lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak
tangan.
Tahap kepekaan (sensitivity)
kulit bergantung kepada dua faktor
- Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif
terhadap rangsangan.
- Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan
reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.
Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada
tubuh manusia
- Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
- Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan sejuk dan panas.
- Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.
Kegunaan kepekaan kulit dalam
kehidupan seharian:
- Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik. - Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.
Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria
yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia
yang tajam (pungent chemicals).
Organ
yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).
Struktur
hidung manusia:
- Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
- Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
- Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
- Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.
Struktur dan fungsi hidung manusia.
Proses
mengesan bau oleh hidung:
- Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
- Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
- Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.
- Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.
Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
- Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih
mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel
deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah
baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
- Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan
mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang
sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan
menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa
selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang
sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang
menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang.
Deria Pendengaran
Deria
pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi
yang dihasilkan oleh objek bergetar.
Deria
keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan
(equilibrium) apabila badan bergerak.
Telinga
(ear) adalah organ pendengaran manusia.
Manusia
mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.
Struktur
telinga manusia:
Struktur dan fungsi telinga manusia.
- Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
- Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga
adalah seperti berikut:
Bahagian
|
Struktur /
Ciri-ciri
|
Fungsi
|
Telinga luar:
Cuping telinga (Pinna) |
Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang
rawan.
|
Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke
dalam telinga.
|
Salur telinga
(Ear canal) |
Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang
telinga.
|
Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.
|
Gegendang telinga
(Eardrum) |
Membran nipis yang memisahkan bahagian telinga
luar daripada telinga tengah.
|
Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke
osikel.
|
Telinga tengah:
Osikel (Ossicles) |
Terdiri daripada tiga tulang kecil:
Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang telinga.
Andas (Anvil):
Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap.
Rakap (Stirrup): Melekat
pada tingkap bujur.
|
Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak
22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur.
|
Tiub Eustachia
(Eustachian tube) |
Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah
ke tekak.
|
Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah
gegendang telinga.
|
Tingkap bujur
(Oval window) |
Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga
tengah dan telinga dalam.
|
Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga
tengah ke telinga dalam.
|
Telinga dalam:
Koklea (Cochlea) |
Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding
dalamnya mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang
bunyi.
|
Mengubah getaran bunyi kepada impuls.
|
Salur separuh bulat
(Semicircular canals) |
Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di
antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair
dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.
|
Mengimbangi kedudukan badan.
|
Saraf auditori
(Auditory nerves) |
Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria
ke otak.
|
Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk
ditafsirkan sebagai bunyi.
|
Tiub
Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat
dalam pendengaran.
Tiub
Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.
Salur
separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
- Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
- Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
- Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
- Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.
Mekanisme
pendengaran telinga
- Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
- Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.
- Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
- Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
- Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
- Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.
- Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
- Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
- Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)